Saturday, 26 December 2015

Umrah Di Usia Muda

Beruntunglah kepada sesiapa yang dapat menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan ibadat pada usia muda .


PERASAAN

Alhamdulillah aku telah dapat menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan ibadat umrah 3 tahun lepas . Kebetulan waktu itu aku dapat menyambut ulang tahunku semasa mengerjakan umrah . Pertama kalinya menjejakkan kaki tanah suci perasaan bercampur aduk . Gembira, terharu semua ada . Hingga tidak tahu kenapa air mata menitis ketika itu . Keberangkatan aku, mak dan ayah diiringi oleh abang-abang dan adik . 3 orang lagi kakakku tidak dapat menghantar kami kerana salah seorang tengah mengandung dan 2 orang lagi di Sabah dan Sarawak .




PERJALANAN 

Ini merupakan umrah pertamaku . Aku pergi menunaikan umrah bersama mak ayah dan mak bapak saudara . Perjalan rombongan umrah dan ziarah kami selama 16 hari bermula 25 Mei hingga 9 Jun 2012 . Jumlah kami seramai 16 orang orang tidak termasuk jemaah lain . Perjalan kami dar airport Pulau Pinang ke airport Singapura, transit di airport Dubai selum destinasi akhir di airport Jeddah dengan menggunakan pesawat Singapura . Aku merupakan jemaah yang muda . Kebanyakkan yang lain berusia 30an keatas dan nenekku jemaah yang paling tua iaitu berusia 90an ketika itu .


Majoriti anak kapal dalam pesawat Singapore Airlines warga asia . Jemaah dari Indonesia mudah dikenal pasti kerana mereka mempunyai lambang yang sama pada pakaian . Warga Malaysia banyak membawa anak-anak berikutan musim cuti persekolahan . Begitu juga dengan warga Singapura . Untungnya mereka dapat menunaikan umrah diusia muda terutamanya pemuda-pemudi dari Indonesia .




MADINAH

Permandangan dari udara semasa pendaratan di airport Jeddah sangat menarik dengan dikelilingi padang pasir . Kami tiba selepas Magrib, dan menunaikan solat Isyak sementara menunggu bagasi . Perjalan ke Madinah diteruskan dengan menaiki bas . Kami tiba di Madinah sebelum Subuh . Walaupun keletihan, aku teringin untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi . Kami turun dari hotel setelah berehat seketika . Walaupun Subuh lambat lagi, tetapi Masjid Nabawi tidak henti dengan kehadiran manusia . Kedai-kedai pun ada yang beroperasi sebelum Subuh . Ia seolah-olah bandar yang tidak pernah tidur .




Kami di Madinah hanyalah untuk 5 hari . Selebihnya di Mekkah . Jadual ziarah agak padat . Dapat juga aku menjejakkan kaki di 3 buah masjid di Madinah seperti Masjid Nabawi, Masjid Quba, dan Masjid Qiblatain . Selain itu, kami dibawa melawat ke Jabal Uhud, Perkuburan Baqi dan tempat ziarah yang lain .






KHIDMAT TENAGA MUDA

Jeddah, Riyard, Mekkah dan Madinah banyak kisah sejarah . Aku beruntung sangat dapat menjejakan kaki di tanah suci pada usia muda . Jadi, aku dapat meneroka tanah suci dengan kudrat yang ada . Aku dapat mendaki jabal rahmah . Aku dapat menunaikan beberapa kali umrah . Aku dapat berbakti dengan jemaah lain untuk membantu mereka mengabil wuduk dan sebagainya . Aku bersyukur dapat berbakti kepada muslim lain .

Niat kita ke tanah suci untuk beribadat, bukan niat yang lain . Sebelum aku menunaikan Umrah, aku pernah mengikuti kelas pengajian bahasa arab lepasan STPM . Jadi, aku tiada halangan untuk berkomunikasi di sana . Disitu juga dapat kenal kawan-kawan yang berlainan negara . Aku juga menjadi penterjemah untuk jemaah yang sama rombonganku untuk urusan hotel dan semasa membeli belah .


MEKKAH

Mak ayah pada sebelum ini pernah mengerjakan haji dan umrah . Sebelum aku niat umrah, mak ayahku mengingatkan kepada tentang larangan ihram dan macam-macam lagi . Berdebar rasanya untuk perjalan umrah . Apabila niat umrah dilafazkan, maka aku sudah terikat dengan larangan ihram . Alunan talbiah berkumandang meringi perjalan kami di Mekah . Kami tiba di Mekkah selepas Isyak . Tiada rasa hendak berehat pun setelah sampai di hotel Mekkah . Rombongan jemaah berbincang dengan mutawif untuk menyelesaikan ibadat umrah tanpa terikat dengan larangan Ihram .


Siapa yang tidak teruja untuk melihat Kaabah . Aku tidak tahu kenapa mataku berair ketika hampirnya pintu masuk Kaabah . Ketika itu, aku berasa beruntungnya Allah memilihku untuk aku datang kerumahnya untuk beribadat . Mak ayah guide aku beserta mak dan bapa saudara yang lain . Bila tamatnya larangan ihram dengan bercukur mataku seolah-olah berkaca . Tak tahu kenapa aku bergenang air mata . Mungkin mengenangkan dosa-dosa silamku .


Di Mekkah aku tidak bershoping seperti di Madinah . Ayah menasihatkan aku untuk tumpukan dengan ibadat . Kebanyakkan barangan untuk disedekahkan untuk tetamu Malaysia sudah dibeli ketika di Madinah . Di Mekkah juga ayah membawaku serta ahli keluarga melawat saudara kami yang menetap di Mekkah . Perumahan penduduk Mekkah sangat menarik . Ruang rumah untuk tetapi wanita dan lelaki diasingkan . Kami dihidangkan dengan makanan tradisi arab yang dimasak oleh keluarga sepupu ayah .






LADANG UNTA

Ladang unta terletak di kawasan ke Hudaibiyah . Kami sempat bersolat di Hudaibiyah . Aku tidak pernah melihat unta secara dekat . Agak menarik . Unta dibiarkan di padang pasir tanpa sangkar . Bas berhenti di tepi jalan untuk memberi ahli rombongan membeli hasil produk unta . Buat kali pertamanya aku menikmati susu unta . Rasanya masin sedikit dan berbeza dari susu kambing .



HAJARUL ASWAD

Pengalaman yang aku tidak dapat lupakan ialah dapat bersolat di pancur emas . Dapat menyentuh hajarul aswad ketika waktu dhuha . Akhirnya doaku termakbul untuk menyentuh hajarul aswad . Allah lapangkan laluan aku, mak dan ayah . Allah gerakkan hati polis disitu untuk membuka laluan untuk kami ke hajarul aswad .




BERPUASA DI MEKAH 

Pernah satu hari, aku rasa hari yang paling damai . Perjalan subuh ke masjid aku rasa sangat dekat dan ada ruang untuk solat . Solat subuh berimamkan Imam Sudais . Hari itu juga kami dibawa melawat makam syuhada`. Sepanjang hari itu aku, mak dan ayah meluangkan masa di masjid . Pengalaman yang aku tidak boleh lupa, aku terpisah dengan mak ayah ketika hampirnya solat zohor . Aku tidak rasapun hendak cari mereka . Aku tawakal .


Pada ketika itu, aku ternampak petugas membawa masuk jenazah untuk disolatkan selepas zohor . Setiap kali solat waktu akan diiringi solat jenazah . Beruntungnya siapa dipilih untuk meninggal di sana . Mereka akan disolatkan oleh ribuan muslim . Aku bertemu semula dengan mak ayah di tempat kasut dan berjalan ke hotel untuk temankan mereka makan tengah hari . Aku berpuasa ketika itu .


Mak ayah banyak mengajarku melalui teladan . Bila nampak orang yang susah untuk bergerak, pimpinlah orang itu walaupun kita tidak kenal dia . Bila nampak tukang cuci, mak ajar aku bersedekah . Kalau ada kanak-kanak di dalam masjid, beri mereka gula-gula . Waktu perjalan ke masjidil haram untuk solat magrib, ayah mengajak aku singgah di kedai buku untuk membeli al-quran untuk diwakafkan . Ada juga ayah beli beberapa buah buku untuk dibawa balik ke Malaysia .


Kebetulan hari itu hari khamis dan aku berpuasa . Orang Arab aku lihat suka sangat bersedekah . Laluan nak ke Masjidil Haram dipenuhi dengan anak muda mengedarkan juadah berbuka . Ketika itu, aku teringin sangat menikmati kebab . Ayahpun beli untuku berbuka nanti . Bila aku masuk ke dalam masjid, lantai masjid dipenuhi juadah . Kebiasaannya, hari isnin dan khamis disediakan juadah untuk berbuka .Walaupun aku berpuasa, berjalan agak jauh, tetapi aku tidak rasa keletihan berpuasa agak lama di sana .



ULANG TAHUN DI MEKKAH

8 Jun 2012 merupakan ulang tahunku yang ke 20 . Alhamdulillah aku dapat celebrate di tanah suci bersama mak dan ayah . Sebelum ulang tahunku mak ayah sudah membeli hadiah untuku . Seorang ibu tidak pernah lupa akan tarikh lahir anaknya . Hari itu juga aku akan meninggalkan tanah suci untuk pulang ke Malaysia . Ayahlah yang guide aku untuk tawaf widaa . Berat hati rasanya .



KENANGAN

Setiap kali melihat gambar atau rancangan di tanah suci, keinginanku untuk ke sana melonjak-lonjak . Aku harap sangat dapat lagi ke sana dengan mahramku suatu hari nanti . Setiap orang ke sana mempunyai cerita yang berbeza . Ini pengalaman aku 3 tahun lepas . Tak banyak gambar yang aku dapat kongsikan di sana Banyak gambar terpadam akibat virus di laptop . Hanya kenangan yang mampu diceritakan .

No comments:

Post a Comment