Saturday, 12 December 2015

Final TM Piala Malaysia 2015

Aku memang suka bola sepak . Tak kisahlah pasukan Malaysia atau luar negara main pun . Orang akan pelik bila tahu perempuan yang seperti aku suka bola sepak berbanding lelaki . Kalau pasukan lauar negara beraksi, aku sanggup berjaga tengah malam untuk bola sepak .


Sejak bangku sekolah lagi aku teringin menyaksikan bola sepak secara langsung di Stadium Melawati, Shah Alam . Semester ini merupakan semester terakhir . Sebelum aku menamatkan pengajian, sekurang-kurangnya aku telah ada pengalaman menyaksikan perlawanan bola sepak Final TM Piala Malaysia 2015 .


Kali ini menyaksikan perlawanan antara Kedah menentang Selangor . Walaupun aku bukannya anak jati kedah, aku memilih pasukan Kedah untuk kali ini . Sebelum ini aku hanya menyaksikan suasana hanya di televisyen dan internet, kali ini aku dapat menyaksikan secara langsung .


Kurang beberapa jam lagi akan menyaksikan perlawanan Final TM Piala Malaysia 2015 berlangsung . Di sini aku updatekan gambar sekitar stadium pada jam 2 petang 12 Desember 2015 . Aku harapkan pada malam ini pasukan Kedah dapat membawa pulang piala kali ini .








No comments:

Post a Comment