Perempuan dengan period pain berpisah tiada . Aku bukan sengaja ponteng kelas Built Enviroment Engineering . Subjek ini agak susah . Part Enviroment bolehlah aku baca sendiri, tapi sekali tertinggal kelas Engineering belum tentu kawan mampu terangkan seperti Puan Lilis .
Exam tidak sampai sebulan lagi . Sekarang tibalah masa untuk mengkaji soalan semester-semester lepas . Debaran kian terasa . Semalam sebelum tidur, aku sudah siapkan soalan untuk ditanya dalam kelas . Tapi sayangnya, pagi ini aku tidak mampu bangun ke kelas disebabkan period pain . Sehingga aku perlu dapatkan rawatan di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam .
Emmm... Terlepas satu kelas . Mujur ada assignment lecture bagi .
Aku harap period pain ini tidak berulang . Exam sudah hampir . Jangan terjadi semasa musim exam . Bagi orang yang tidak pernah alami period pain, dia tidak tahu betapa seksanya hingga menjejaskan sesuatu tugasan .
No comments:
Post a Comment