Saturday, 12 December 2015

Tekanan Rakyat 2016

Aku rakyat Malaysia .


Tahun 2015 bagi aku sangat terbeban . Bermula semester lepas lagi . Bayangkan, pelajar tahun akhir memerlukan wang yang banyak untuk menyiapkan  fyp dan thesis . Kalau ada tajaan PTPTN dapatlah benafas seketika . Tetapi, terpaksa juga meminta bantuan kewangan daripada mak dan ayah . Tambahan lagi dengan kos hidup di Shah Alam . Mujurlah aku mendapat kemudahan kolej kediaman sepanjang belajar di sini .

Aku ini pelajar dari Fakulti Senibina Perancangan & Ukur . Buat pengetahuan, setiap kali print untuk assignment, saiz  kertas yang digunakan selalunya A3 dan keatas . Kalau print saiz A4 bolehlah menggunakan kertas dan printer sendiri . Tetapi, terpaksa print di luar dan memnggunakan kos tertentu . Kalau ada kedai print yang murah, disitulah tumpuan pelajar seperti aku .

Sejak GST diperkenalkan pada semester lepas iaitu pada April 2015, perbelanjaan aku terpaksa lebih berkemah . Aku perlulah mengutamakan perbelanjaan untuk fyp dan thesis terlebih dahulu . Walaupun GST hanya 6%, aku juga turut terasa . Apatah lagi ahli keluargaku yang lain di kampung . Bukan itu sahaja, sebelum tamatnya semester lepas, rakyat Malaysia dibebankan dengan kenaikan tol, tambang dan harga minyak . Kebetulan masa itu bulan Ramdhan, dan kebanyakkan orang akan berpusu-pusu untuk membeli tiket untuk pulang berhari raya . Sudahlah hujung semester, dekat bulan Syawal, tambang bas naik pula . Siapakah yang tak terbeban ?

Aku bukanya nak berpolitik . Tetapi aku juga sebahagian rakyat Malaysia yang turut terbeban dengan sistem ekonomi Malaysia . Sepanjang 2015, dari permehatianku, kebanyakan kos barang keperluan harian, tambang pengangkutan, dan kos utiliti sudah naik . Semua rakyat Malaysia sama rata menikmati peningkatan kos harian tanpa mengira taraf kehidupan . Bagi pelajar sepertiku bolehlah menggunakan kad pelajar untuk menikmati potongan harga untuk keperluan setiap kali berurusan . Memanglah ada cadangan daripada menteri untuk langkah penjimatan, tetapi sampai bila rakyat Malaysia akan terbeban . Malaysia belum lagi mencapai taraf negara berpendapatan tinggi, tetapi kos sara hidup di Malaysia agak tinggi .

Aku menulis bukan untuk diriku atau untuk mendapat publisiti . Tetapi sebagai anak muda yang bakal menamatkan pengajian lebih kurang sebulan sahaja lagi, aku sudah merasakan bahang tekanan rakyat pada tahun 2016 . Tidak semua mahasiswa apabila tamat pengajian terus mendapat pekerjaan . Ada juga yang terpaksa menganggur atau bekerja sambilan untuk menyara hidup . Tekanan mahasiswa lagi apabila perlu membayar semula pinjaman PTPTN setelah 6 bulan tamat pengajian .

Buat diriku yang bakal memulakan kerjaya pada Januari 2016, aku perlu merancang perbelanjaan dari sekarang . Aku hanya tahu berapa jumlah yang akan diberikan pada setiap bulan, tetapi sebelum aku menerima bayaran, aku perlu memikirkan tentang pinjaman PTPTN yang aku lakukan beberapa semeter lepas . Aku juga bakal membayar cukai kepada kerajaan Malaysia . Sememangnya apa yang aku harapkan pulangan daripada pembayar cukai, rakyat Malaysia akan menikmati taraf kehidupan yang lebih baik .

Aku dilahirkan di Utara, belajar di Selatan dan bakal bekerjaya di Pantai Timur . Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, harapanku agar aku tidak terbeban darisegi hutang utuk meneruskan kehidupan . Sekarang bukan masa untuk termenung, sepatutnya anak muda perlulah peka dengan perancangan masa depan .

No comments:

Post a Comment