Wednesday, 16 December 2015

Kasut

Metrix, Vinci, Puma, Bata, XES, Polo, Timberland dan Curidose adalah jenama kasut kegemaranku dan yang pernah aku ada .



Kebanyakkan kasut miliku berjenama dan original .  Ini bukan bermakna aku  suka menunjuk-nunjuk, tetapi aku seorang yang sukakan kualiti dan  keselesaan . Aku tidak suka membazir dengan membeli sesuatu yang sama secara berulang . Aku sanggup menempah kasut jenama Rushai kerana saiz kakiku yang kecil dan sukar mencari kasut yang sesuai .

Kebanyakan  kasut miliku aku guna lebih setahun  termasuk selipar tandas . Aku hanya membeli bila perlu atau ketika promosi . Hanya ini sahaja kasut yang ada untuk semester ini . Setiap kasut ada hari dan kegunaan untuk aku pakai . Boleh dikatakan setiap  hari aku jarang memakai kasut yang sama .

Kasut-kasut ini sangat berjasa kepadaku untuk beberapa semester kebelakangan ini . Tidak lama lagi apabila tamatnya pengajian, mungkin kasut-kasut ini tidak berfungsi . Lagi pun kasut-kasut ini ada yang mengalami kerosakkan . Aku hanya pakai kasut yang mana boleh berfungsi sahaja . Mujurlah tinggal beberapa hari sahaja untuk tamat pengajian .


No comments:

Post a Comment