Sunday, 6 December 2015

Ladang Tebu Perlis

"Aku bangga walaupun Perlis sebuah negeri yang kecil, tetapi ada banyak tempat yang menarik".

Sebut sahaja ladang tebu di Perlis, semua orang tahu ianya merupakan kawasan tanaman tebu yang terbesar di Malaysia . Lokasinya terletak di Chuping, Perlis . Ianya merupakan salah satu tempat penghasilan gula yang terbesar di Malaysia .







Chuping pernah mencatatkan suhu terpanas di Malaysia . Selain dijadikan tempat penghasilan gula, kawasan ladang tebu juga dijadikan tempat tarikan pelancong untuk pengemar sukan lasak permotoran yang melibatkan trek seperti car prix .

Ladang tebu bukan sekadar menjadi pilihan pengantin untuk sesi photographer, malah terdapat keunikan yang lain . Buat pengemar hidupan unggas, disinilah tempat untuk memasang perangkap . Selain itu, terdapat kolam semulajadi yang menjadi hidupan ikan di sini .

Orang luar hanya mengenali ladang tebu sebagai pusat penghasilan gula, tetapi banyak lagi keunikan yang ada yang masih belum diteroka di sebalik tanaman tebu .

No comments:

Post a Comment