Pernah kita terserempak . Masa itu awak bersama rakan . Rakan awak pernah bertanya apabila kita terserempak, "itu bukan Shikin?". Tak ada pun awak mengaku kita berselisih di laluan yang sama . Apabila saat awak bergaduh dengan "kekasih awak", awak jadikan saya puncanya . Memanglah, siapa saya kalau nak dibandingkan dengan "kekasih awak". Kita hanya kawan, tidak lebih dari itu .
Sekarang saya di semester akhir pengajian . Penampilan pun turut berubah . Muka pun tidak seteruk dahulu . Apabila kita berselisih di laluan yang sama, pandai pula awak menegur saya . Saya bangga Allah menganugerahkan saya sebagai seorang yang rabun penglihatan . Sekurang-kurangnya, saya tidak nampak orang yang pernah membuat saya menagis satu ketika dahulu .
Kalau diri itu pernah menipu, sukar untuk membuang sikap itu . Apabila saya telah berubah, sanggup pula awak mengaku bahawa awak sekarang sedang "single". Jelas sangat, awak hanya memandang kecantikan . Tiada langsung ikhlas dalam hati awak . Buat pengetahuan awak, saya akan terima orang yang jujur terima saya ketika saya tidak cantik .
Hakikatnya, saya berpura-pura seperti tidak rindukan awak, dan awak pula berpura-pura tidak mempedulikan . Padahal, kita masing-masing ada ego . Dua tahun saya kenal awak sebagai seorang kawan lelaki yang paling saya rapat di UiTM Shah Alam . "Andai persahabatan kita membuatkan "kekasih awak"cemburu, saya undur diri". Saya tak mahu hubungan awak putus angkara saya .
Januari nanti saya akan memulakan kerjaya di Terangganu . Mungkin pertemuaan tidak sengaja kita pada malam sebelum saya pulang ke Perlis merupakan pertemuaan terakhir kita di UiTM .
No comments:
Post a Comment