Thursday, 10 December 2015

Stress

"InsyaAllah, lebih kurang sebulan lagi tamatlah pengajianku di UiTM Shah Alam . Pasti kerinduaan terhadap suasana di kampus akan terasa nanti setelah tamat pengajian".



Setiap kali aku hadapi masalah yang sukar, aku akan habiskan masa dengan bermain squash di Pusat Sukan, UiTM Shah Alam . Ianya seolah-olah menjadi satu terapi untukku . Sekurang-kurangnya, aku dapat lepaskan tekanan apabila melihat pantulan bola . Aktiviti ini bukan sekadar dapat menyihatkan tubuh badan, malah dapat mencerdaskan fikiran serta dapat mengelakkan seseorang itu dari menjadi lesu apabila tidak melakukan sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh .


Sebelum ini aku bukannya profesional dalam permainan squash . Tetapi, apabila mencuba berulang-ulang kali, aku pun semakin mahir . Selain squash, kalau ada masa lapang, aku akan habiskan dengan aktiviti riadah sama ada berbasikal atau berjogging di sekitar UiTM . Yang menariknya, sukan squash boleh dilakukan secara perseorangan .


Tamatnya pengajian nanti, mungkin sukar aku meluangkan masa untuk bermain squash . Maklumlah, semasa pengajian aku dapat menggunakan segala kemudahan dengan percuma . Nanti kalau keinginanku datang, aku perlu membayar untuk bersukan .

Learn to enjoy spending time with yourself . Maybe, this for last time for me .

No comments:

Post a Comment