"Nanti apabila aku sudah mula berenggang dengan kau, tiada lagi peluang untuk kita rapat seperti dahulu . Mungkin masa itu timbul perasaan sayang, tetapi lebih banyak perasaan benci kerana hati pernah disakiti".
Aku sedar sejak mantan kekasihku kahwin, aku hanya rapat dengan kau . Aku kenal kau lebih lama dari mantan kekasih . Kaulah satu-satunya lelaki yang aku rapat di UiTM Shah Alam . Dulu, selepas aku putus hubungan dengan mantan kekasih, aku pernah meminta kawan lelaki aku a.k.a kawan rapat kau memperkenalkan aku dengan seseorang . Syaratnya, perlu single sebab aku tidak mahu menganggu pasangan orang lain .
Pertemuan tanpa sengaja telah menemukan kita . Masa kita kenal, mamtan kekasihku belum berkahwin . Apabila aku tahu mantan kekasih aku telah berkahwin, kaulah yang banyak memberi motivasi untuk aku tidak menjadi lemah . Semester ini cukup 2 tahun kita kenal . 5 semester kita rapat . Tetapi sejak semester lepas, tanpa diduga hubungan persahabatan kita terjejas angkara fitnah . Masa itu juga aku sedar kau sudah berpunya . Pernah kekasih kau contact aku sebabkan kau . Aku tidak tahu apa masalah kau berdua . Seolah-olah fitnah itu jalan untuk aku dan kau merenggangkan persahabatan kita .
Aku tahu esok brithday kau . Aku memang nak bagi hadiah awal dekat kau . Tetapi, angkara fitnah aku minta orang lain tolong sampaikan . Aku ingat lagi, masa brithay kau yang ke 22 kita celebrate dalam keadaan tanganku berbalut . Tetapi brithaday kau yang ke 23 aku celebrate dalam keadaan hatiku terluka . Brithday aku yang ke 23 aku request nak celebrate dengan kau . Akhirnya kau terima pelawaan . Itulah kali terakhir aku jumpa kau .
Masa result exam keluar, aku contact kau . Aku nak bagi tahu bahawa aku bersyukur dengan result semester lepas kerana walaupun kekasih kau ganggu aku pada malam exam hingga aku stress, tetapi Allahmdulillah dengan result tersebut . Aku ingat semester ini kau masih dalam latihan industri . Sekurang, kurangnya aku tak akan jumpa kau semester ini . Aku tak sangka, masa jogging aku terserempak kau dengan kawan-kawan kau . Masa itu aku tak perasan pun kita selisih sampai kawan aku memberitahu kitaberselisih . Maklumlah, aku sibuk dengan kamera .
Pernah aku dengan kawan terserempak dengan kau di Dataran Cendiakia . Kami mengelak dari bertembung dengan kau . Pernah hari itu, simkad aku ada masalah yang aku terpaksa contact kau semula . Malam yang aku nak balik Perlis, bukan aku sengaja pun nak minta tolong kau . Aku memang terdesak hingga terpaksa contact kau untuk hantar .
Januari ini aku akan mulakan kerjaya . Aku ingat boleh jumpa kau kali terakhir . Aku kena sedar, lebih baik aku elakkan diri daripada jumpa kau . Aku perlu jaga perasaan orang lain terhadap kau . Betulah macam orang selalu cakap, perempuan jangan terlalu rapat dengan lelaki . Takut nanti timbul perasaan . Memang aku pernah mengaku aku pernah sukakan kau . Itu tidak bermakna aku seorang perampas . Aku pernah rasa macam mana hak aku dirampas . Tak mungkin aku akan buat perkara yang sama dekat orang lain .
Kalau aku ada buat salah pada kau, aku minta maaf .
No comments:
Post a Comment