Saturday, 26 December 2015

Umrah Di Usia Muda

Beruntunglah kepada sesiapa yang dapat menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan ibadat pada usia muda .


PERASAAN

Alhamdulillah aku telah dapat menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan ibadat umrah 3 tahun lepas . Kebetulan waktu itu aku dapat menyambut ulang tahunku semasa mengerjakan umrah . Pertama kalinya menjejakkan kaki tanah suci perasaan bercampur aduk . Gembira, terharu semua ada . Hingga tidak tahu kenapa air mata menitis ketika itu . Keberangkatan aku, mak dan ayah diiringi oleh abang-abang dan adik . 3 orang lagi kakakku tidak dapat menghantar kami kerana salah seorang tengah mengandung dan 2 orang lagi di Sabah dan Sarawak .




PERJALANAN 

Ini merupakan umrah pertamaku . Aku pergi menunaikan umrah bersama mak ayah dan mak bapak saudara . Perjalan rombongan umrah dan ziarah kami selama 16 hari bermula 25 Mei hingga 9 Jun 2012 . Jumlah kami seramai 16 orang orang tidak termasuk jemaah lain . Perjalan kami dar airport Pulau Pinang ke airport Singapura, transit di airport Dubai selum destinasi akhir di airport Jeddah dengan menggunakan pesawat Singapura . Aku merupakan jemaah yang muda . Kebanyakkan yang lain berusia 30an keatas dan nenekku jemaah yang paling tua iaitu berusia 90an ketika itu .


Majoriti anak kapal dalam pesawat Singapore Airlines warga asia . Jemaah dari Indonesia mudah dikenal pasti kerana mereka mempunyai lambang yang sama pada pakaian . Warga Malaysia banyak membawa anak-anak berikutan musim cuti persekolahan . Begitu juga dengan warga Singapura . Untungnya mereka dapat menunaikan umrah diusia muda terutamanya pemuda-pemudi dari Indonesia .




MADINAH

Permandangan dari udara semasa pendaratan di airport Jeddah sangat menarik dengan dikelilingi padang pasir . Kami tiba selepas Magrib, dan menunaikan solat Isyak sementara menunggu bagasi . Perjalan ke Madinah diteruskan dengan menaiki bas . Kami tiba di Madinah sebelum Subuh . Walaupun keletihan, aku teringin untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi . Kami turun dari hotel setelah berehat seketika . Walaupun Subuh lambat lagi, tetapi Masjid Nabawi tidak henti dengan kehadiran manusia . Kedai-kedai pun ada yang beroperasi sebelum Subuh . Ia seolah-olah bandar yang tidak pernah tidur .




Kami di Madinah hanyalah untuk 5 hari . Selebihnya di Mekkah . Jadual ziarah agak padat . Dapat juga aku menjejakkan kaki di 3 buah masjid di Madinah seperti Masjid Nabawi, Masjid Quba, dan Masjid Qiblatain . Selain itu, kami dibawa melawat ke Jabal Uhud, Perkuburan Baqi dan tempat ziarah yang lain .






KHIDMAT TENAGA MUDA

Jeddah, Riyard, Mekkah dan Madinah banyak kisah sejarah . Aku beruntung sangat dapat menjejakan kaki di tanah suci pada usia muda . Jadi, aku dapat meneroka tanah suci dengan kudrat yang ada . Aku dapat mendaki jabal rahmah . Aku dapat menunaikan beberapa kali umrah . Aku dapat berbakti dengan jemaah lain untuk membantu mereka mengabil wuduk dan sebagainya . Aku bersyukur dapat berbakti kepada muslim lain .

Niat kita ke tanah suci untuk beribadat, bukan niat yang lain . Sebelum aku menunaikan Umrah, aku pernah mengikuti kelas pengajian bahasa arab lepasan STPM . Jadi, aku tiada halangan untuk berkomunikasi di sana . Disitu juga dapat kenal kawan-kawan yang berlainan negara . Aku juga menjadi penterjemah untuk jemaah yang sama rombonganku untuk urusan hotel dan semasa membeli belah .


MEKKAH

Mak ayah pada sebelum ini pernah mengerjakan haji dan umrah . Sebelum aku niat umrah, mak ayahku mengingatkan kepada tentang larangan ihram dan macam-macam lagi . Berdebar rasanya untuk perjalan umrah . Apabila niat umrah dilafazkan, maka aku sudah terikat dengan larangan ihram . Alunan talbiah berkumandang meringi perjalan kami di Mekah . Kami tiba di Mekkah selepas Isyak . Tiada rasa hendak berehat pun setelah sampai di hotel Mekkah . Rombongan jemaah berbincang dengan mutawif untuk menyelesaikan ibadat umrah tanpa terikat dengan larangan Ihram .


Siapa yang tidak teruja untuk melihat Kaabah . Aku tidak tahu kenapa mataku berair ketika hampirnya pintu masuk Kaabah . Ketika itu, aku berasa beruntungnya Allah memilihku untuk aku datang kerumahnya untuk beribadat . Mak ayah guide aku beserta mak dan bapa saudara yang lain . Bila tamatnya larangan ihram dengan bercukur mataku seolah-olah berkaca . Tak tahu kenapa aku bergenang air mata . Mungkin mengenangkan dosa-dosa silamku .


Di Mekkah aku tidak bershoping seperti di Madinah . Ayah menasihatkan aku untuk tumpukan dengan ibadat . Kebanyakkan barangan untuk disedekahkan untuk tetamu Malaysia sudah dibeli ketika di Madinah . Di Mekkah juga ayah membawaku serta ahli keluarga melawat saudara kami yang menetap di Mekkah . Perumahan penduduk Mekkah sangat menarik . Ruang rumah untuk tetapi wanita dan lelaki diasingkan . Kami dihidangkan dengan makanan tradisi arab yang dimasak oleh keluarga sepupu ayah .






LADANG UNTA

Ladang unta terletak di kawasan ke Hudaibiyah . Kami sempat bersolat di Hudaibiyah . Aku tidak pernah melihat unta secara dekat . Agak menarik . Unta dibiarkan di padang pasir tanpa sangkar . Bas berhenti di tepi jalan untuk memberi ahli rombongan membeli hasil produk unta . Buat kali pertamanya aku menikmati susu unta . Rasanya masin sedikit dan berbeza dari susu kambing .



HAJARUL ASWAD

Pengalaman yang aku tidak dapat lupakan ialah dapat bersolat di pancur emas . Dapat menyentuh hajarul aswad ketika waktu dhuha . Akhirnya doaku termakbul untuk menyentuh hajarul aswad . Allah lapangkan laluan aku, mak dan ayah . Allah gerakkan hati polis disitu untuk membuka laluan untuk kami ke hajarul aswad .




BERPUASA DI MEKAH 

Pernah satu hari, aku rasa hari yang paling damai . Perjalan subuh ke masjid aku rasa sangat dekat dan ada ruang untuk solat . Solat subuh berimamkan Imam Sudais . Hari itu juga kami dibawa melawat makam syuhada`. Sepanjang hari itu aku, mak dan ayah meluangkan masa di masjid . Pengalaman yang aku tidak boleh lupa, aku terpisah dengan mak ayah ketika hampirnya solat zohor . Aku tidak rasapun hendak cari mereka . Aku tawakal .


Pada ketika itu, aku ternampak petugas membawa masuk jenazah untuk disolatkan selepas zohor . Setiap kali solat waktu akan diiringi solat jenazah . Beruntungnya siapa dipilih untuk meninggal di sana . Mereka akan disolatkan oleh ribuan muslim . Aku bertemu semula dengan mak ayah di tempat kasut dan berjalan ke hotel untuk temankan mereka makan tengah hari . Aku berpuasa ketika itu .


Mak ayah banyak mengajarku melalui teladan . Bila nampak orang yang susah untuk bergerak, pimpinlah orang itu walaupun kita tidak kenal dia . Bila nampak tukang cuci, mak ajar aku bersedekah . Kalau ada kanak-kanak di dalam masjid, beri mereka gula-gula . Waktu perjalan ke masjidil haram untuk solat magrib, ayah mengajak aku singgah di kedai buku untuk membeli al-quran untuk diwakafkan . Ada juga ayah beli beberapa buah buku untuk dibawa balik ke Malaysia .


Kebetulan hari itu hari khamis dan aku berpuasa . Orang Arab aku lihat suka sangat bersedekah . Laluan nak ke Masjidil Haram dipenuhi dengan anak muda mengedarkan juadah berbuka . Ketika itu, aku teringin sangat menikmati kebab . Ayahpun beli untuku berbuka nanti . Bila aku masuk ke dalam masjid, lantai masjid dipenuhi juadah . Kebiasaannya, hari isnin dan khamis disediakan juadah untuk berbuka .Walaupun aku berpuasa, berjalan agak jauh, tetapi aku tidak rasa keletihan berpuasa agak lama di sana .



ULANG TAHUN DI MEKKAH

8 Jun 2012 merupakan ulang tahunku yang ke 20 . Alhamdulillah aku dapat celebrate di tanah suci bersama mak dan ayah . Sebelum ulang tahunku mak ayah sudah membeli hadiah untuku . Seorang ibu tidak pernah lupa akan tarikh lahir anaknya . Hari itu juga aku akan meninggalkan tanah suci untuk pulang ke Malaysia . Ayahlah yang guide aku untuk tawaf widaa . Berat hati rasanya .



KENANGAN

Setiap kali melihat gambar atau rancangan di tanah suci, keinginanku untuk ke sana melonjak-lonjak . Aku harap sangat dapat lagi ke sana dengan mahramku suatu hari nanti . Setiap orang ke sana mempunyai cerita yang berbeza . Ini pengalaman aku 3 tahun lepas . Tak banyak gambar yang aku dapat kongsikan di sana Banyak gambar terpadam akibat virus di laptop . Hanya kenangan yang mampu diceritakan .

Wednesday, 23 December 2015

Study For Exam

"Sebelum hendak memulakan sesuatu, dahulukan dengan membaca Bismillah dan doa untuk orang Islam".

Disini ada beberapa tips study for exam :

  1. Minta halal pelajaran dan doa daripada lecture . Minggu last kelas jangan sekadar selfie dengan lecture untuk update di laman sosial .
  2. Contact family terutamanya mak ayah untuk mohon restu dan doa . Sesungguhnya, doa seorang ibu tiada hijabnya . 
  3. Minta maaf pada kawan-kawan . Mungkin ada kesalahan yang tidak disengajakan .
  4. Mandi terlebih dahulu . Kesegaran badan mampu memberi tenaga sepanjang tempoh study .
  5. Sediakan minuman panas untuk memberikan kesegaran . Banyak minum air kosong sepanjang study . Ianya amat baik untuk otak .
  6. Pilih waktu yang sesuai untuk study . Elakkan study selepas Asar . Seeloknya study selepas magrib, behenti seketika untuk solat isyak dan sambung semula hingga jam 12.30 am, kemudiannya tidur .
  7. Bangun awal . Bangun sebelum subuh, kira-kira jam 5 am untuk mandi serta solat sunat dan subuh . Sambung study hingga waktu dhuha .
  8. Rehatkan minda dengan aktiviti atau tidur seketika .
  9. Kaji soalan beberapa semester lepas, buat latihan dan nota .
  10. Cuba memahami apa yang dibaca dan bukan menghafal .
  11. Elakkan belajar dalam keadaan perut lapar atau kenyang .
  12. Untuk memudahkan ilmu menyerap, dengarkan muzik yang tenang atau alunan zikir atau surah al-quran .
  13. Jauhkan daripada gajet . Tetapkan berapa lama tempoh utuk melihat sekejap gajet .

Saturday, 19 December 2015

Modeling

Do you think I qualified to be a model ? 



Sejak kebelakangan ini saya suka make-up, dress-up, dan shooting dalam kawasan UiTM Shah Alam dan kawasan sekitarnya . Manalah tahu ada rezeki untuk saya jadi model part time suatu hari nanti . Lagipun, pengajian ijazah saya akan tamat tidak lama lagi .


Fatin selalu menjadi photographer sepanjang sesi shooting selama ini . Manalah tahu nanti Butik Ustazah Shah Alam berminat untuk menjadikan aku modelnya disebabkan aku regular customer sejak 2013. Jika terdapat butik-butik yang berminat untuk mengambil saya sebagai model, boleh menghantar invitation ke email ilhamzikri92@yahoo.com .







Fishermans Friend BFF

Please like for this link https://www.facebook.com/fishermansfriendmalaysia/app/388784594521044/?app_data=gallery:127d745a33f24420b691b63a57e218ac and this picture to vote this contes .


Everyone familiar with Fisherman's Friend brand product . Fisherman's Friend Malaysia organise "Do Something Bold with Fisherman's Friend & My BFF” photo contest .

This Contest is organised by Fisherman’s Friend “Organiser” and is open only to citizens and residents of Malaysia over the age of 18 years. Employees and their immediate families of Fisherman’s Friend “Organiser” and its associated agencies involved in the conduct of the Contest are eligible to submit an entry.


I and Fatin join in this contest . We know each others during last 2 years . You are the only one my best female friends in UiTM Shah Alam . Thanks to because be part of our life . Our friendship more refreshing with Fisherman's Friend Lozenges . #Roommates #InteriorArchitecture #BuildingSurveying #‎Fisherman's Friend BFF


Friday, 18 December 2015

Anggerik Golf for Beginners

Golf merupakan kebiasaannya sukan yang menjadi kegemaran golongan tertentu . Harganya adalah mahal, tidak seperti sukan lain .


Hari ini aku berpeluang mencuba sukan ini . Kolej Anggerik UiTM Shah Alam telah menganjurkan program Angerik Golf for Beginners untuk sesi akhir bagi semester ini . Bukit Jelutong Golf & Country Club dipilih sebagai tempat bermain golf . Seramai 20 orang warga Kolej Anggerik berpeluang untuk sesi kali ini .


Angerik Golf for Beginners diadakan setiap 2 minggu . Impianku untuk bermain golf akhirnya tercapai . Peluang diberkan kepada orang terawal mendaftar . Sekurang-kurangnya aku dapat merasa bermain permainan yang kosnya mahal .






Thursday, 17 December 2015

Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala FA UiTM Shah Alam

Sebentar tadi berakhirlah Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala FA UiTM Shah Alam . Perlawanan ini dihadiri oleh Prof. Dato` Dr. Abdullah Mohamad Said . Keputusan perlawanan memihak kepada Fakulti Senibina Perancangan & Ukur (FSPU) dengan jaringan 2-0 kepada Fakulti Mekanikal .


Perlawanan ini sepatutnya berlangsung pada 16 Disember jam 8.30 malam, tetapi dibatalkkan disebabkan faktor-faktor tertentu . Sebelum tamatnya pengajian di UiTM, inilah kali pertama aku datang menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung . Kehadiranku hanyalah untuk memberi sokongan kepada fakulti sendiri .











Kelas Terakhir

17 Disember 2015


Hari ini merupakan kelas terakhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan . Ini bermakna final exam sudah hampir . Aku bakal mninggalkan UiTM Shah Alam tidak lama lagi . Beberapa semester aku di sini . Cuma semester ini aku bersendirian . Minggu ini aku terlalu sibuk . Terkejar-kejar dengan assigement, test, revision class dan report .


Buat insan-insan yang banyak memberi semangat dan tujuk ajar kepadaku untuk semester ini, tidak terucap terima kasih kepada kalian . Aku bakal meninggalkan alam pengajian ijazah . Doakan aku berjaya untuk final exam nanti . Structure II, Built Enviroment Engineering dan Costing and Estimating I merupakan subjek yang penting untuk semester ini .

Jasa dan tunjuk ajar sepanjang semester ini Dr.Nor Salisma Ismail, Sr.Mazlan Abu Bakar, Encik Ahmad Shahrim Abdullah, dan Puan Lilis Sheerena Syafie tidak akan aku lupakan . Begitu juga jasa lecture-lecture yang penah mengajarku sebelum ini . Hanya Allah yang dapat membalasnya .