Monday, 30 November 2015

Solat Sunat Dhuha

Sebelum ini aku jarang-jarang menunaikan solat sunat Dhuha . Tetapi, sejak semester ini aku mula mengamalkannya . Seolah-olah menjadi rutin wajib bagiku .


Kebiasaannya, pada jam 11.30 pagi aku akan menunaikan solat sunat Dhuha setiap kali tamat waktu  kelas . Masa cuti pula, pada jam 8 pagi aku akan bersolat .  Setelah mengamalkan selama 44 hari solat sunat Dhuha, aku akan rasa kekurangan apabila tertinggal untuk bersolat pada hari itu .

Sebelum ini aku ada terbaca post-post mengenai solat sunat Dhuha . Salah satunya berkaitan dengan kekayaan . "Kalau mahu dibukakan pintu rezeki, amalkan solat sunat Dhuha".

Buat diriku yang susah memahami apa yang diajar oleh pensyarah, aku akan mulakan dengan solat sunat Dhuha . Setiap kali ke kelas, aku pastikan diriku dalam keadaan berwuduk . Apabila pensyarah memberi rehat selama 15 minit, aku akan segera mencari surau untuk bersolat . Alhamdilillah, selepas solat, mudahnya ilmu menyerap . Kadang-kadang, apabila pensyarah lambat masuk ke kelas, aku akan bersolat terlebih dahulu .

Hari cuti pula, kebiasaannya aku akan tidur selepas subuh . Aku tidur tidak lama . Seolah-olah aku memasang alarm . Bila hampirnya jam 11.30, secara automatiknya, aku akan terjaga apabila menjelang waktu Dhuha . Mungkin Allah mengingatkanku mengenai amalan seharianku yang perlu ditunaikan .

Aku tidak tahu, sejak kebelakangan ini, mudah sahaja aku belajar . Pada hakikatnya, subjek semester ini agak sukar . Semester ini aku bersendirian . Hanya bergantung dan bertawakal kepada Allah . Semester ini juga aku kesempitan wang . Mungkin berkat daripada mengamalkan solat sunat, Allah memudahkan aku dengan sesuatu yang tak disangka . Kalau ikutkan logik akal, mana mungkin aku mampu meneruskan pengajian semester ini dengan kekurangan wang . Sedangkan hendak makan pun aku berkira-kira untuk membeli yang termampu . Tidak terasa lapar pun kadang-kadang walaupun aku hanya makan dalam kuantiti sederhana . Duit perbelanjaanku pun aku terasa cukup walaupun dalam dompet hanya ada RM50 untuk perbelanjaanku seminggu .

Amalan seharianku tidak banyak . Semoga solat sunat Dhuha ini mampu menghapus dosa-dosaku yang aku tidak sedar . Amin .

No comments:

Post a Comment