"Biar angan-angan setinggi langit, tetapi ada usaha . Bukan sekadar bermimpi".
Aku suka melihat sesuatu yang mewah seperti perumahan elit, gajet, produk kecantikan, wangian, kenderaan dan pakaian yang berjenama dan berkualiti . Sudah tentu harganya bukan mampu milik .
Sejak aku berusia 20 tahun aku sudah membuat perancanggan untuk memiliki rumah sendiri sebelum kahwin, sebelum umurku mencecah 30 tahun di Perlis . Hari ini, untuk memiliki sebuah rumah berharga RM250 000 memerlukan isi rumah berpendapatan RM5000 sebulan . Sebelum berkahwin, sekurang-kurangnya aku sudah ada rumah sendiri di tempat kelahiranku di Perlis, biarpun aku terpaksa menyewa di negeri yang aku bekerja .
Walaupun kehendakku ingin memiliki kereta mewah, tetapi untuk memenuhi keperluan, cukuplah sekadar kereta Proton Saga FLX . Selepas beberapa tahun, barulah aku tukarkan kepada kereta idaman . Aku perlu sedar, 2 tahun selepas bergraduasi, perbelanjaan kewangan belum stabil dengan terpaksa membayar pinjaman PTPTN . "Gunalah apa yang termampu, jangan sampai terbeban".
Wanita tidak boleh dipisahkan dengan wangian dan kecantikan . Zaman belajar aku pakai sahaja wangian yang bersesuaian sebagai pelajar . Tidak perlu membazir . Tetapi, bila sudah bekerjaya nanti, aku akan memilih produk kecantikan Victoria Jackson dan wangiaan DKNY .
"Apaila kau memggunakan jenama mewah bukan bermakna kau mampu, tetapi kau fikirkan mengenai kualiti dan keselesaan . Kau juga akan fikirkan tentang pembaziran jika terpaksa membeli sesuatu yang sama berulang".
Samapai hari ini aku masih memakai kasut jenama Puma walaupun pada rupanya sudah buruk . Hampir 4 tahun aku memakainya . Aku membeli semasa promosi Al-Ikhsan dengan harga RM200 . Biarpun buruk, selagi boleh digunakan, aku gunakan .
Samapai hari ini aku masih memakai kasut jenama Puma walaupun pada rupanya sudah buruk . Hampir 4 tahun aku memakainya . Aku membeli semasa promosi Al-Ikhsan dengan harga RM200 . Biarpun buruk, selagi boleh digunakan, aku gunakan .
Aku bukan sekadar berangan-angan untuk memiliki, tetapi aku berusaha dengan cara sendiri . Sebenarnya susah pada hakikatnya untuk memiliki apa yang diangankan tanpa usaha . Walaupun aku mampu memiliki apa yang aku angankan selepas berusaha, aku berpuas hati walaupun aku lambat memiliki dan agak ketinggalan zaman . Disaat itu, kau akan tahu erti menghargai .
No comments:
Post a Comment