"Make-up? Oh.. I like natural beauty . It shows who is real of you".
Kalau nak suka saya, lihatlah ketika saya tidak cantik . Jangan terpikat pada saya bila saya sudah cantik . Itu menujukkan kamu mengenali perempuan dengan memandang kecantikan, bukannya ikhlas untuk mengenali seseorang .
Saya memang tidak pandai bersolek . Pergi ke kelas pun tanpa sebarang solekan, walaupun sekadar bedak serbuk atau lipstip pun saya tidak guna . Memang saya membiarkan muka bebas dari sebarang solekan .
Kolej Anggerik UiTM Shah Alam selalu mengadakan pelbagai program di Kolej Kediaman . Program Anggerik Grooming Class memberi peluang kepada penghuni kolej mencuba untuk mempelajari teknik asas solekan pada setiap hari Isnin bermula 8.00 hingga 10.00 malam . Setiap penghuni kolej berpeluang untuk mencantikan wajah sendiri . Pihak kolej turut menyediakan peralatan untuk solekan dan tenaga pengajar untuk kelas tersebut .
Walaupun percubaan kali pertama untuk solekan nampak tidak begitu cantik, sekurang-kurangnya saya sudah tahu asas solekkan . Saya boleh praktiskan pada masa akan datang .
No comments:
Post a Comment