Wednesday, 25 November 2015

Grand Tiara Night

"Geek Girls Go Gorgeous!"

Akhirnya dapat juga aku hadir ke dinner Kolej Anggerik, UiTM Shah Alam . Inilah peluang terakirku sebelum menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan .

Red carpet 

Aku merupakan penghuni yang diketogerikan agak lama menetap di Kolej Anggerik . 7 semester aku setia dengan Kolej Anggerik . Lebih 100 aktiviti melibatkan Kolej Anggerik aku sertai sepanjang menetap di Kolej Anggerik .

Tetamu yang hadir

Aku usahakan juga untuk turut sama untuk dinner kali ini . Ini merupakan kali ke dua aku menghadiri dinner anjuran Kolej Anggerik . Pertama kali aku hadir dinner Kolej Anggerik semasa semester 3 . Sememangnya Kolej Anggerik dikenali sebagai penganjur event menarik di UiTM Shah Alam .

Pentas persembahan

24 November 2015 dipilih untuk mengadakan dinner Kolej Anggerik . Kali ini bertemakan "Princess" dan bertempat di Hotel Premiere, Klang . Tarikh ini juga dipilih untuk meraikan ulang tahun kelahiran pengetua Kolej Anggerik, Sr Siti Hafsah Zulkarnain .

Bersama pengetua Kolej Anggerik

"Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan" . Kebanyakan penghuni kolej yang menghadiri dinner tidak terlepas untuk bergaya pada malam itu . Boleh dikatakan, kebanyakan daripada hadirin berpakaian mengikut tema . Aku memilih untuk menjadi "Egypt Princess" pada malam itu . 

Egypt and Arabic Princess of The Night 

Dinner kali ini sungguh menarik dengan persembahan warga kolej, lucky draw, makanan dan banyak lagi . Alamaklumlah, event untuk wanita sahaja . Sudah tentu menarik .

Hidangan yang disediakan




No comments:

Post a Comment