"Tidak semua diberi peluang kedua . Gunakanlah sebaik-baiknya untuk masa depan".
Esok aku akan memulakan kelas seperti biasa setelah seminggu bercuti pertengahan semester . Cuti Universiti bukan sekadar memuat naik status di laman sosial, tetapi berjaya menghabiskan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah .
Esok aku akan memulakan sesi pengajian dengan lapang memandangkan tugasan yang dibrikan untuk dihantar pada minggu hadapan berjaya disiapkan semasa cuti . Aku pun turut bercuti seperti orang lain, tetapi tidak mengabaikan tugasan yang diberikan .
Aku harap, Allah memudahkan jalan pengajianku . Ini peluang terakhirku . Aku tidak mahu menambah semester atas kelalaianku . Aku ada tanggungjawab untuk insan di sekeliling .
No comments:
Post a Comment