Saturday, 7 November 2015

Jangan Salahkan Laman Sosial



"Asal  bermusuh sahaja, salahkan laman sosial".

Laman sosial dicipta untuk memudahkan komunikasi antara masyarakat . Saya juga merupakan salah seorang pengguna laman sosial . Banyak sebenarnya kebaikan laman sosial kepada masyarakat, cuma kadang-kadang ada sesetengah masyarakat menjadikan laman sosial sebagai media untuk mencetuskan pergaduhan . Ramai orang yang berjaya dalam kehidupan dengan menggunakan laman sosial seperti mempromosi jualan, mencipta lagu sendiri dan sebagainya .

Kadang-kala, apa yang diUpdate di laman sosial mempunyai maksud yang tersirat . Tetapi, apabila disalah tafsir menyebabkan perbalahan . Berbezaan bahasa di status yang dimuat naik juga akan menyebabkan salah anggap dalam masyarakat . Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada fitnah angkara memuat naik status di laman sosial .

"Unfriend" di laman sosial bukan bermakna kita "memutuskan Silaturahim". Cuma tidak sesuai diangap "friend" di alam maya

"Block" di laman sosial bukan atas sebab bertengkar atau bermusuh, tetapi kadang-kadang status laman sosialnya tidak sesuai untuk kita .

Tidak "Approve friend reques" bukan bermakna sombong, kadang-kadang kita tidak kenal pun siapa orangnya yang "sent reques" . Lagipun, buat apa nak nampakkan ramai "friend"di laman sosial semata-mata untuk mendapatkan "like" yang banyak setiap kali mengUpadate status .

Kita hanya kenal orang lain hanya di alam maya, bukan secara realiti . Pandangan terhadap seseorang di alam maya dan realeti adalah berbeza .

No comments:

Post a Comment