Thursday, 26 November 2015

RM50 Untuk Bergaya Ke Dinner

"RM50 bajet untuk bergaya ke dinner?  Apa yang boleh digayakan ?".


Biar murah, asal mengikut tema dan tidak membebankan . Setiap orang mesti akan menghabiskan beratus ringgit untuk kelihatan cantik ke dinner terutamanya wanita .  Padahal, dengan berbelanja RM50 pun boleh kelihatan cantik .


Di sekitar Shah Alam terdapat banyak Butik yang menawarkan harga yang murah dan selesa . Saya dapat  memiliki baju  berharga RM18 dan tudung berharga RM5 di Butik belakang Jakel Seksyen 7 . Lagipun, masa cuti sekolah inilah butik-butik membuat promosi penghabisan stok .

Lebihan  wang sebanyak RM27 saya gunakan untuk membeli bahan make-up . Gunakan kad keahlian Watson  untuk menikmati harga  yang lebih rendah .  Saya hanya membeli bahan make-up tambahan kerana sudah ada bahan make-up yang masih boleh digunakan  .

Saya hanya memperuntukan RM50 untuk pakaian dan  make-up . Yang lain  seperti  kasut dan handbag saya gunakan yang sedia ada . 






No comments:

Post a Comment