Monday, 30 November 2015

Solat Sunat Dhuha

Sebelum ini aku jarang-jarang menunaikan solat sunat Dhuha . Tetapi, sejak semester ini aku mula mengamalkannya . Seolah-olah menjadi rutin wajib bagiku .


Kebiasaannya, pada jam 11.30 pagi aku akan menunaikan solat sunat Dhuha setiap kali tamat waktu  kelas . Masa cuti pula, pada jam 8 pagi aku akan bersolat .  Setelah mengamalkan selama 44 hari solat sunat Dhuha, aku akan rasa kekurangan apabila tertinggal untuk bersolat pada hari itu .

Sebelum ini aku ada terbaca post-post mengenai solat sunat Dhuha . Salah satunya berkaitan dengan kekayaan . "Kalau mahu dibukakan pintu rezeki, amalkan solat sunat Dhuha".

Buat diriku yang susah memahami apa yang diajar oleh pensyarah, aku akan mulakan dengan solat sunat Dhuha . Setiap kali ke kelas, aku pastikan diriku dalam keadaan berwuduk . Apabila pensyarah memberi rehat selama 15 minit, aku akan segera mencari surau untuk bersolat . Alhamdilillah, selepas solat, mudahnya ilmu menyerap . Kadang-kadang, apabila pensyarah lambat masuk ke kelas, aku akan bersolat terlebih dahulu .

Hari cuti pula, kebiasaannya aku akan tidur selepas subuh . Aku tidur tidak lama . Seolah-olah aku memasang alarm . Bila hampirnya jam 11.30, secara automatiknya, aku akan terjaga apabila menjelang waktu Dhuha . Mungkin Allah mengingatkanku mengenai amalan seharianku yang perlu ditunaikan .

Aku tidak tahu, sejak kebelakangan ini, mudah sahaja aku belajar . Pada hakikatnya, subjek semester ini agak sukar . Semester ini aku bersendirian . Hanya bergantung dan bertawakal kepada Allah . Semester ini juga aku kesempitan wang . Mungkin berkat daripada mengamalkan solat sunat, Allah memudahkan aku dengan sesuatu yang tak disangka . Kalau ikutkan logik akal, mana mungkin aku mampu meneruskan pengajian semester ini dengan kekurangan wang . Sedangkan hendak makan pun aku berkira-kira untuk membeli yang termampu . Tidak terasa lapar pun kadang-kadang walaupun aku hanya makan dalam kuantiti sederhana . Duit perbelanjaanku pun aku terasa cukup walaupun dalam dompet hanya ada RM50 untuk perbelanjaanku seminggu .

Amalan seharianku tidak banyak . Semoga solat sunat Dhuha ini mampu menghapus dosa-dosaku yang aku tidak sedar . Amin .

Saturday, 28 November 2015

Angan-angan Menjadi Cita-cita

"Biar angan-angan setinggi langit, tetapi ada usaha . Bukan sekadar bermimpi".

Aku suka melihat sesuatu yang mewah seperti perumahan elit, gajet, produk kecantikan, wangian, kenderaan dan pakaian yang berjenama dan berkualiti . Sudah tentu harganya bukan mampu milik .

Sejak aku berusia 20 tahun aku sudah membuat perancanggan untuk memiliki rumah sendiri sebelum kahwin, sebelum umurku mencecah 30 tahun di Perlis . Hari ini, untuk memiliki sebuah rumah berharga RM250 000 memerlukan isi rumah berpendapatan RM5000 sebulan . Sebelum berkahwin, sekurang-kurangnya aku  sudah ada  rumah sendiri di tempat kelahiranku di Perlis, biarpun aku terpaksa menyewa di negeri yang aku bekerja .

Walaupun kehendakku ingin memiliki kereta mewah, tetapi untuk memenuhi keperluan, cukuplah sekadar kereta Proton Saga FLX . Selepas beberapa tahun, barulah aku tukarkan kepada kereta idaman . Aku perlu sedar, 2 tahun selepas bergraduasi, perbelanjaan kewangan belum stabil dengan terpaksa membayar pinjaman PTPTN . "Gunalah apa yang termampu, jangan sampai terbeban".

Wanita tidak boleh dipisahkan dengan wangian dan kecantikan . Zaman belajar aku pakai sahaja wangian yang bersesuaian sebagai pelajar . Tidak perlu membazir . Tetapi, bila sudah bekerjaya nanti, aku  akan memilih  produk kecantikan Victoria Jackson dan wangiaan DKNY .


"Apaila kau memggunakan jenama mewah bukan bermakna kau mampu, tetapi kau  fikirkan mengenai kualiti dan keselesaan . Kau juga akan fikirkan tentang pembaziran jika terpaksa membeli sesuatu yang sama berulang".

Samapai hari ini aku masih memakai kasut jenama Puma walaupun pada rupanya sudah buruk . Hampir 4 tahun aku memakainya . Aku membeli semasa promosi Al-Ikhsan dengan harga RM200 . Biarpun buruk, selagi boleh digunakan, aku gunakan . 

Aku bukan sekadar berangan-angan untuk memiliki, tetapi aku berusaha dengan cara sendiri . Sebenarnya susah pada hakikatnya untuk memiliki apa yang diangankan tanpa usaha . Walaupun aku mampu memiliki apa yang aku angankan selepas berusaha, aku berpuas hati walaupun aku lambat memiliki dan agak ketinggalan zaman . Disaat itu, kau akan tahu erti menghargai . 




BiSA Black Dinner

"The last dinner for this year".



Sedih rasanya kali ini dinner Center of Studies for Building Surveying . Mana tidaknya, aku sorang sahaja yang masih di sini . Rakan-rakanku ramai yang telah tamat pengajian . Yang ada di sini pun, tidak hadir pada malam ini .


Setiap semester aku akan hadir ke dinner BiSA . Dinner kali ini yang ketujuh sepanjang aku mengikuti pengajian Ijazah di UiTM Shah Alam . Sebelum ini pun aku penah handle dinner anjuran BiSA UiTM Shah Alam . Setiap semester berbeza tema . Malam ini bertemakan Black Dinner . Kebanyakkan yang hadir mengikut tema yang ditetapkan . 


Pada asalnya aku terasa malas untuk menyertai dinner kali ini . Tetapi, apabila my roomate merangkap sebagai my junior berkali-kali mengajak, akhirnya aku turut sertai . Kali ini aku rasakan betapa happening keadaan bila semeja bersama orang yang tidak sebaya . Almaklumlah, selama 6 semester aku hanya hadir dinner dan semeja dengan rakan-rakan yang sama batch sahaja .





Thursday, 26 November 2015

RM50 Untuk Bergaya Ke Dinner

"RM50 bajet untuk bergaya ke dinner?  Apa yang boleh digayakan ?".


Biar murah, asal mengikut tema dan tidak membebankan . Setiap orang mesti akan menghabiskan beratus ringgit untuk kelihatan cantik ke dinner terutamanya wanita .  Padahal, dengan berbelanja RM50 pun boleh kelihatan cantik .


Di sekitar Shah Alam terdapat banyak Butik yang menawarkan harga yang murah dan selesa . Saya dapat  memiliki baju  berharga RM18 dan tudung berharga RM5 di Butik belakang Jakel Seksyen 7 . Lagipun, masa cuti sekolah inilah butik-butik membuat promosi penghabisan stok .

Lebihan  wang sebanyak RM27 saya gunakan untuk membeli bahan make-up . Gunakan kad keahlian Watson  untuk menikmati harga  yang lebih rendah .  Saya hanya membeli bahan make-up tambahan kerana sudah ada bahan make-up yang masih boleh digunakan  .

Saya hanya memperuntukan RM50 untuk pakaian dan  make-up . Yang lain  seperti  kasut dan handbag saya gunakan yang sedia ada . 






Wednesday, 25 November 2015

Grand Tiara Night

"Geek Girls Go Gorgeous!"

Akhirnya dapat juga aku hadir ke dinner Kolej Anggerik, UiTM Shah Alam . Inilah peluang terakirku sebelum menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan .

Red carpet 

Aku merupakan penghuni yang diketogerikan agak lama menetap di Kolej Anggerik . 7 semester aku setia dengan Kolej Anggerik . Lebih 100 aktiviti melibatkan Kolej Anggerik aku sertai sepanjang menetap di Kolej Anggerik .

Tetamu yang hadir

Aku usahakan juga untuk turut sama untuk dinner kali ini . Ini merupakan kali ke dua aku menghadiri dinner anjuran Kolej Anggerik . Pertama kali aku hadir dinner Kolej Anggerik semasa semester 3 . Sememangnya Kolej Anggerik dikenali sebagai penganjur event menarik di UiTM Shah Alam .

Pentas persembahan

24 November 2015 dipilih untuk mengadakan dinner Kolej Anggerik . Kali ini bertemakan "Princess" dan bertempat di Hotel Premiere, Klang . Tarikh ini juga dipilih untuk meraikan ulang tahun kelahiran pengetua Kolej Anggerik, Sr Siti Hafsah Zulkarnain .

Bersama pengetua Kolej Anggerik

"Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan" . Kebanyakan penghuni kolej yang menghadiri dinner tidak terlepas untuk bergaya pada malam itu . Boleh dikatakan, kebanyakan daripada hadirin berpakaian mengikut tema . Aku memilih untuk menjadi "Egypt Princess" pada malam itu . 

Egypt and Arabic Princess of The Night 

Dinner kali ini sungguh menarik dengan persembahan warga kolej, lucky draw, makanan dan banyak lagi . Alamaklumlah, event untuk wanita sahaja . Sudah tentu menarik .

Hidangan yang disediakan




Saturday, 21 November 2015

Anggerik UiTM Shah Alam Entrepreneur Carnival

Anggerik Entrepreneur Carnival memberi peluang kepada penghuni Kolej Anggerik mempraktikan kemahiran dalam bidang keusahawanan .  Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula 20 hingga 22 November 2015 . 

Perbagai program disediakan sepanjang karnival ini berlangsung termasuklah keusahawanan, keagamaan dan hiburan . Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti The Haunter Street, Japanese Photobooth, Mini Games, Kempen Derma Darah dan banyak lagi .  

Hasil kelas dekorasi Kek


Anggerik Cake Decoration

Kelas dekorasi kek memberi kemahiran kepada penghuni kolej untuk menghasilkan kek yang mampu membuka peluang pendapatan . Penghuni kolej dapat mempelajari asas pembuatan kek hingga mampu menghias mengikut cita rasa sendiri . 

Menyediakan bahan-bahan untuk menghasilkan kek

Kek dalam proses

Hasil kek yang telah masak

Proses membahagikan lapisan kek

Proses membuat lapisan ising

Proses meletakan perisa pada kek

Proses meratakan permukaan kek

Menghias permukaan kek mengikut warna kesukaan

Pembahagian warna pada kek

Proses menghasilkan hiasan

Hasil hiasan berkumpulan

Menghias cupcake mengikut kreativiti







Thursday, 19 November 2015

Anggerik Grooming Class 3

"Make-up? Oh.. I like natural beauty . It shows who is real of you".

Kalau nak suka saya, lihatlah ketika saya tidak cantik . Jangan terpikat pada saya bila saya sudah cantik . Itu menujukkan kamu mengenali perempuan dengan memandang kecantikan, bukannya ikhlas untuk mengenali seseorang . 


Saya memang tidak pandai bersolek . Pergi ke kelas pun tanpa sebarang solekan, walaupun sekadar bedak serbuk atau lipstip pun saya tidak guna . Memang saya membiarkan muka bebas dari sebarang solekan .


Kolej Anggerik UiTM Shah Alam selalu mengadakan pelbagai program di Kolej Kediaman . Program Anggerik Grooming Class memberi peluang kepada penghuni kolej mencuba untuk mempelajari teknik asas solekan pada setiap hari Isnin bermula 8.00 hingga 10.00 malam . Setiap penghuni kolej berpeluang untuk mencantikan wajah sendiri . Pihak kolej turut menyediakan peralatan untuk solekan dan tenaga pengajar untuk kelas tersebut . 


Walaupun percubaan kali pertama untuk solekan nampak tidak begitu cantik, sekurang-kurangnya saya sudah tahu asas solekkan . Saya boleh praktiskan pada masa akan datang .


Wednesday, 18 November 2015

Colouring Therapy



"If you change nothing, nothing will change". 

Colouring therapy adalah satu kaedah untuk melatih seseorang fokus terhadap sesuatu kerja . Ia amat berkesan untuk dilakukan terhadap pelajar . Terapi ini memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk satu sesi . 

Terapi ini bukan sahaja boleh dijadikan hiasan, tetapi boleh menghilangkan stress pada diri . Bagi pelajar seperti saya, lukisan dan warna dapat merehatkan minda untuk menyambung tugasan yang seterusnya . 

Untuk maklumat lanjut, bolehlah mengunjunggi Pusat Kerjaya & Kaunseling UiTM Shah Alam di Aras 5, Bangunan Budisiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, 40450 UiTM Shah Alam . Info lanjut boleh didapati di web https://www.facebook.com/PKKUiTM/ .


Sunday, 15 November 2015

Peluang Terakhir



"Tidak semua diberi peluang kedua . Gunakanlah sebaik-baiknya untuk masa depan".

Esok aku akan memulakan kelas seperti biasa setelah seminggu bercuti pertengahan semester . Cuti Universiti bukan sekadar memuat naik status di laman sosial, tetapi berjaya menghabiskan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah .

Esok aku akan memulakan sesi pengajian dengan lapang memandangkan tugasan yang dibrikan untuk dihantar pada minggu hadapan berjaya disiapkan semasa cuti . Aku pun turut bercuti seperti orang lain, tetapi tidak mengabaikan tugasan yang diberikan .

Aku harap, Allah memudahkan jalan pengajianku . Ini peluang terakhirku . Aku tidak mahu menambah semester atas kelalaianku . Aku ada tanggungjawab untuk insan di sekeliling .

Thursday, 12 November 2015

Culture of World

I`m pround born in Malaysia . I can see the unique of culture in Malaysia especially about food, clothes and race . I`m Malay, but I comfortable to try any culture clothes in the world . I good in Malay, but I can talk and writing simple in another language like English, Arabic, Japan and Thailand .


I`m student of Building Surveying . But, I have own identity during to the class with wear Malay clothes everyday except during lab class .


Kimono is symbolizes for attitude and temperament of the wearer .


When my college organise Japanese Culture Week, I had the opportunity to learn everything about Japan . When you look at Japanese traditional, you have look at Japanese culture . It relationship with nature . This very unique to Japan .

Next time I will try learn another culture in the world .

Tuesday, 10 November 2015

Berenang Dalam Masa Satu Hari



"Kalau tidak pernah mencuba, sampai bila perasaan takut akan hilang"

Orang lain berlajar berenang bermula dari kolam renang, aku belajar berenang bermula di laut . Bukan mudah untuk berenang buat pertama kali . Lemas di permukaan air tidak dapat dielakkan . Perasaan fobia terhadap air perlu dibuang untuk belajar berenang .

Buat diriku yang fobia dengan air, perkara yang perlu lakukan untuk berenang ialah dengan fokus . Pejamkan mata seketika, sambil kaki dan tangan bergerak di permukaan air . Kawalan pernafasan adalah penting untuk mengapungkan diri . Apabila fikiran menfokuskan untuk berenang dan badan dapat seimbang di permukaan air, secara automatik badan akan mudah terapung walaupun tanpa bantuan orang lain dan peralatan berenang .

Sebenarnya, untuk permulaan berenang tidak mengambil masa yang lama . Yang penting, perlu berani untuk melakukan walaupun perbezaan permukaan air .

Sunday, 8 November 2015

Senyuman itu pengubat



"Don't trus everything you see . Even salt look sugar". 

Senyum dapat menutup segala kelemahan pada diri . Jangan biarkan kelemahanmu membuatkan musuh mudah untuk menumpaskanmu . Kadang-kadang, dengan kelemahan yang ditujukkan akan menyebabkan orang lain bersimpati padamu .

Senyuman dapat menyakinkan pandangan sekeliling . Senyuman juga pembuka jalan kepada seseorang terutamanya dalam bidang kerjaya . Mulakan harimu dengan senyuman . Dengan senyuman akan menyebabkan orang lain menyukaimu walaupun wajah tidak menarik . 

Senyuman itu menarik . Dari senyuman akan jatuh ke hati . Itulah kuasa yang ada pada senyuman .

Saturday, 7 November 2015

Jangan Salahkan Laman Sosial



"Asal  bermusuh sahaja, salahkan laman sosial".

Laman sosial dicipta untuk memudahkan komunikasi antara masyarakat . Saya juga merupakan salah seorang pengguna laman sosial . Banyak sebenarnya kebaikan laman sosial kepada masyarakat, cuma kadang-kadang ada sesetengah masyarakat menjadikan laman sosial sebagai media untuk mencetuskan pergaduhan . Ramai orang yang berjaya dalam kehidupan dengan menggunakan laman sosial seperti mempromosi jualan, mencipta lagu sendiri dan sebagainya .

Kadang-kala, apa yang diUpdate di laman sosial mempunyai maksud yang tersirat . Tetapi, apabila disalah tafsir menyebabkan perbalahan . Berbezaan bahasa di status yang dimuat naik juga akan menyebabkan salah anggap dalam masyarakat . Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada fitnah angkara memuat naik status di laman sosial .

"Unfriend" di laman sosial bukan bermakna kita "memutuskan Silaturahim". Cuma tidak sesuai diangap "friend" di alam maya

"Block" di laman sosial bukan atas sebab bertengkar atau bermusuh, tetapi kadang-kadang status laman sosialnya tidak sesuai untuk kita .

Tidak "Approve friend reques" bukan bermakna sombong, kadang-kadang kita tidak kenal pun siapa orangnya yang "sent reques" . Lagipun, buat apa nak nampakkan ramai "friend"di laman sosial semata-mata untuk mendapatkan "like" yang banyak setiap kali mengUpadate status .

Kita hanya kenal orang lain hanya di alam maya, bukan secara realiti . Pandangan terhadap seseorang di alam maya dan realeti adalah berbeza .

Thursday, 5 November 2015

Menanti Sesuatu Yang Istimewa Dari Allah



"Ya Allah, please ease my studies until my graduate . Have a job and can afford to take care of my family". Amin .

Pernah satu ketika aku merasakan Allah itu tidak adil . Aku berusaha, beribadah kepadanya dan berbuat baik kepada masyarakat tetapi aku rasa kekurangan dalam pelajaran . Orang lain secara terang lagi bersuluh tinggalkan ibadat wajib, tetapi setiap kali peperiksaan dapat keputusan terbaik . Orang lain tidak menjaga batas pergaulan, tetapi mudahnya mereka belajar tidak seperti aku .

Allah tahu aku mampu . Allah tidak akan uji aku dengan apa yang aku tak terdaya . Mungkin Allah aturkan kehidupan aku yang lebih sempurna dari orang lain . Apabila aku berdoa, lain yang aku doa, lain yang aku dapat . Allah tidak kabulkan doa aku pada masa ini sebab dia tahu apa yang aku perlukan pada masa ini, bukan apa aku harapkan .

Aturan Allah itu sempurna . Bila tiba masanya, akan menjadi milik aku nanti . Mungkin Allah tarik kekurangan dari segi pelajaranku ketika ini . Mungkin Allah akan anugerahkan aku keturunan yang bijak pandai yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara .

InsyAllah .