"Kalau hendak memilih pasangan, lihatlah dari sikap ibu bapanya".
23 tahun usiaku tidak pernah dirotan, dipukul mahupun dimaki seperti ibu bapa lain oleh ibu bapaku . Begitu juga buat abang, kakak dan adikku . Hebatnya pendidikan diterapkan oleh Puan Hajjah Besah Binti Razak terhadap anak-anaknya bermula dari rumah . "Tak perlu untuk menggunakan cara kekerasan supaya anak itu menjadi manusia"
Bersyukur kerana Allah menganugerahkan seorang ibu yang berjaya mendidik kami 7 beradik hingga berjaya . Kami sangat berbangga kerana beliau tidak pernah membeza-bezakan anak-anak . Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya .
Alhamdullillah Allah memanjangkan umurnya . Sudah memasuki usia 64 tahun hari ini . Allah melanjutkan usianya dengan kejayaan anak-anak .
Ismail Bin Mat Hashim -43- Kontraktor Perlis
Noraini Bin Mat Hashim -37- Perniaga
Noriza Binti Mat Hashim -35- Pensyarah
Norhayati Binti Mat Hashim -28- Guru
Khairuddin Bin Mat Hashim -26- Pelajar Ekonomi Universiti Malaya
Nor`Ashikin Binti Mat Hashim -23- Pelajar Ukur Bangunan Universiti Teknologi Mara
Mohd Nazri Bin Mat Hashim -21- Shell Malaysia
Terima Kasih ayahku, Encik Haji Mat Hashim Bin Mat Isa kerana memilih Puan Hajjah Besah Binti Razak sebagai ibu kami .
No comments:
Post a Comment