Monday, 26 October 2015

Mak, Selamat Ulang Tahun



"Kalau hendak memilih pasangan, lihatlah dari sikap ibu bapanya".

23 tahun usiaku tidak pernah dirotan, dipukul mahupun dimaki seperti ibu bapa lain oleh ibu bapaku . Begitu juga buat abang, kakak dan adikku . Hebatnya pendidikan diterapkan oleh Puan Hajjah Besah Binti Razak terhadap anak-anaknya bermula dari rumah . "Tak perlu untuk menggunakan cara kekerasan supaya anak itu menjadi manusia"

Bersyukur kerana Allah menganugerahkan seorang ibu yang berjaya mendidik kami 7 beradik hingga berjaya . Kami sangat berbangga kerana beliau tidak pernah membeza-bezakan anak-anak . Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya .

Alhamdullillah Allah memanjangkan umurnya . Sudah memasuki usia 64 tahun hari ini . Allah melanjutkan usianya dengan kejayaan anak-anak . 

Ismail Bin Mat Hashim -43- Kontraktor Perlis
Noraini Bin Mat Hashim -37- Perniaga 
Noriza Binti Mat Hashim -35- Pensyarah
Norhayati Binti Mat Hashim -28- Guru
Khairuddin Bin Mat Hashim -26- Pelajar Ekonomi Universiti Malaya
Nor`Ashikin Binti Mat Hashim -23- Pelajar Ukur Bangunan Universiti Teknologi Mara 
Mohd Nazri Bin Mat Hashim -21- Shell Malaysia

Terima Kasih ayahku, Encik Haji Mat Hashim Bin Mat Isa kerana memilih Puan Hajjah Besah Binti Razak sebagai ibu kami .


Sunday, 25 October 2015

BSS 512



"2nd time must be better than 1st time".

Tak ada siapa pun yang ingin gagal dalam apa bidang yang dilakukan . Kalau bukan berjaya untuk kali pertama itu adalah percubaan . Usaha lagi untuk kali kedua . Jadikan Thomas Edison sebagai contoh . Pedulikan orang lain . 




Saturday, 24 October 2015

Family Team


Keluarga Haji Mat Isa Bin Awang mempunyai ramai perwaris lelaki . Kalau ada majlis kenduri kendara, tenaga kerja tidak memerlukan orang luar yang ramai . Disebabkan usia tidak jauh berbeza antara saudara mara, keakraban mereka sangat utuh dalam pelbagai aspek .

Pelbagai cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan . Salah satunya dengan bersukan . Kalau ingin mahu jadi sebahagian daripada keluarga Mat Isa, perlu tahu main bola .
#FamilyTeam
#AcaraWajib

Love My Family


Family is more than blood and name . It`s the people who stood by you when you needed them, and who made you laugh when you felt like you couldn`t .
#MatHashimFamily